Fotografer ni mahal ke?

/ Tuesday, 17 January 2012 /
Salam semua.sekadar renungan dan tatapan saudara-saudari sekalian. Saya akui, sekarang ni makin ramai yg dah jadi fotografer. Ada yang baru beli DSLR seminggu dah jadi wedding fotografer.Tahniah saya ucapkan. cuma, tersangat kecewa bila ada mak andam yang kata ada fotografer boleh bagi pakej shoot sanding, nikah hari berlainan dan plg mengejutkan diberi 40 pages storybook????what is storybook? untuk makluman semua, storybook ialah istilah lain untuk custom album. iaitu album yg diprint atas kertas tebal.setiap custom album kebiasaannya adalah 20 mukasurat. Ini bermakna dapat 2 buah buku. Sangat mengejutkan..Saya harap saya dapat bertemu dengan fotografer yang baik hati ini. Bukan apa, saya nak bagi dia cari makan lebih, Saya akan bagi dia RM600 hanya untuk bagi saya 40 pages storybook. Xperlu shoot untuk 2 hari. Baik hatikan saya?tq2..hehe..hope saya bertemu insan yg bermurah hati tersebut. Seriusly, saya xrasa jeles.Rezeki Allah bagi.Lagipun, khidmat saya, kenalah ikut harga saya. Kalau rasa mahal xpe, saya senyum jer..Rezeki saya tempat lain..Insyaallah..

Cuma apa yang ingin saya katakan kepada bakal-bakal pengantin, anda mampu menyewa baju berharga beribu-ribu ringgit, sewa pelamin beribu-ribu,belanja catering berpuluh ribu, tapi semuanya itu tidak kekal dan bertahan walau sehari. Tetapi anda ragu-ragu untuk membelanjakan wang untuk gambar sedangkan hanya gambar boleh disimpan dan mengembalikan memori manis anda. Malah, ianya boleh ditatapi oleh anak cucu anda sekalipun anda telah tiada lagi. Persoalannya, mampukah baju, pelamin, makanan dan segala-gala yang anda sewa disimpan sehingga ke anak cucu?

saya percaya, ada yang kata upah fotografer sekarang mahal. Sebenarnya anda mempunyai pilihan. Cas yang dikenakan oleh fotografer adalah berdasarkan pengalaman dan peralatan yang diguna. Biasanya fotografer yang telah lama bergiat dalam bidang ini lebih berpengalaman dan mampu merakam gambar yang lebih menarik, kreatif dan pastinya cantik. Peralatan yang digunakan juga berjumlah puluhan ribu ringgit berbanding fotografer freshie yang hanya bermodalkan sebuah kamera beginner dengan harga kurang dari RM2000. Justeru, pilihan di tangan anda.

bagi saya, rezeki ada di mana-mana dan datangnya dari Allah yg Maha Kuasa..

 “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup(mampu) untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathiir:2)

 “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Huud:6)


p/s: mula ingat nak gak letak gambar, tapi pikir xnak letak ape2 gambar dalam post ni pasal gambar saya berharga 'mahal'.

2 comments:

izwan on: 19 January 2012 at 10:56 said...

salam, boleh ke nak join wedding fotografer team mike?? teman ada di tapah...

{ azmani idris } on: 20 January 2012 at 21:47 said...

wslm.bro izwan, sila add sy di fb: inamza_85@yahoo.com

Post a Comment

About Me

My photo
menyediakan khidmat jurugambar untuk apa jua majlis. Hubungi: 013-4663532, inamza_85@yahoo.com
Jika anda mempunyai pandangan dan ulasan, sila klik pada tajuk post dan kemudian mengisi ruangan komen di bawahnya. Pandangan dan komen yang diberikan amat dihargai. Terima kasih.

Followers