PROMOSI HEBAT!!

/ Tuesday, 31 January 2012 /
Promo 2012
PROMOSI!!!
berita gembira kepada bakal-bakal pengantin. Kami di FutureBrite memahami keadaan anda yang banyak memerlukan wang untuk belanja kahwin.justeru kami menawarkan pakej mampu milik iaitu hanya RM450.00..
apa yang anda dapat?

-shoot sepanjang majlis persandingan bermula dari make-up hingga habis majlis
-printout 4r sebanyak 100 keping atau
-sekeping foto kanvas 12x18 inci
-DVD mengandungi semua gambar yang telah diedit.
-lebih menggembirakan, anda juga diberi outdoor photoshoot secara percuma.

apalagi, cepat-cepat call no ni untuk preserve date.

013-4663532 (man)

*tiada sebarang cas tambahan dikenakan bagi kawasan dari Kuala Kangsar hingga ke Slim River.

Post Wedding: Naim + Hadri

/ Sunday, 22 January 2012 /
Kalini ialah shoot post wedding bagi pasangan yang pernah saya shoot persandingan mereka bulan lalu. Masa untuk shoot ni memang sendat. hanya kira-kiar 35 minit. Kelam kabut jugakla. Tapi seronok tengok kebahagiaan mereka. Semoga mereka kekal bahagia selamanya..






























Lojing, Kelantan

/ Friday, 20 January 2012 /
Salam. beberapa hari yang lalu saya telah ke negeri Cik Siti Wan Kembang.mane lagi..Kelantan la..sebenarnya dah selalu pergi sana. tapi kali ni sempatla shoot beberapa gambar simple masa on d way dari Perak ke Kelate..ikut jalan Simpang Pulai-Gua Musang. silalah anda lihat.betapa rakusnya manusia meneroka gunung ganang yang ada di sepanjang jalan. sebenarnya keadaan ni bukanlah suatu yg luarbiasa kerana di mana-manapun akan jadi macamni. seperti di Sabah, boleh dikatakan sepanjang jalan dari Ranau hingga ke Tawau, sepanjang jalan telah diteroka dan ditanam kelapa sawit. maaf, saya tak dapat letakkan bukti di sini. Ini kerana komputer yang lama dah hancuss..kalau tidak konfirm dah letak gambar pandangan dari atas lagi (menaiki kapalterbang yang jelas terbentang tanah tandus hasil penerokaan berleluasa di Sabah. jadi sebenarnya perkara ini bukanlah suatu yang pelik tetapi kejadian di Lojing ini sering keluar di dada akhbar dan televisyen.

Di kesempatan ini, saya telah merakam gambar yang biasa ini..tetapi, apa yang penting ialah peringatan untuk kita semua yang telahpun diturunkan oleh Allah SWT..sama-samalah kita renungkan..





Fotografer ni mahal ke?

/ Tuesday, 17 January 2012 /
Salam semua.sekadar renungan dan tatapan saudara-saudari sekalian. Saya akui, sekarang ni makin ramai yg dah jadi fotografer. Ada yang baru beli DSLR seminggu dah jadi wedding fotografer.Tahniah saya ucapkan. cuma, tersangat kecewa bila ada mak andam yang kata ada fotografer boleh bagi pakej shoot sanding, nikah hari berlainan dan plg mengejutkan diberi 40 pages storybook????what is storybook? untuk makluman semua, storybook ialah istilah lain untuk custom album. iaitu album yg diprint atas kertas tebal.setiap custom album kebiasaannya adalah 20 mukasurat. Ini bermakna dapat 2 buah buku. Sangat mengejutkan..Saya harap saya dapat bertemu dengan fotografer yang baik hati ini. Bukan apa, saya nak bagi dia cari makan lebih, Saya akan bagi dia RM600 hanya untuk bagi saya 40 pages storybook. Xperlu shoot untuk 2 hari. Baik hatikan saya?tq2..hehe..hope saya bertemu insan yg bermurah hati tersebut. Seriusly, saya xrasa jeles.Rezeki Allah bagi.Lagipun, khidmat saya, kenalah ikut harga saya. Kalau rasa mahal xpe, saya senyum jer..Rezeki saya tempat lain..Insyaallah..

Cuma apa yang ingin saya katakan kepada bakal-bakal pengantin, anda mampu menyewa baju berharga beribu-ribu ringgit, sewa pelamin beribu-ribu,belanja catering berpuluh ribu, tapi semuanya itu tidak kekal dan bertahan walau sehari. Tetapi anda ragu-ragu untuk membelanjakan wang untuk gambar sedangkan hanya gambar boleh disimpan dan mengembalikan memori manis anda. Malah, ianya boleh ditatapi oleh anak cucu anda sekalipun anda telah tiada lagi. Persoalannya, mampukah baju, pelamin, makanan dan segala-gala yang anda sewa disimpan sehingga ke anak cucu?

saya percaya, ada yang kata upah fotografer sekarang mahal. Sebenarnya anda mempunyai pilihan. Cas yang dikenakan oleh fotografer adalah berdasarkan pengalaman dan peralatan yang diguna. Biasanya fotografer yang telah lama bergiat dalam bidang ini lebih berpengalaman dan mampu merakam gambar yang lebih menarik, kreatif dan pastinya cantik. Peralatan yang digunakan juga berjumlah puluhan ribu ringgit berbanding fotografer freshie yang hanya bermodalkan sebuah kamera beginner dengan harga kurang dari RM2000. Justeru, pilihan di tangan anda.

bagi saya, rezeki ada di mana-mana dan datangnya dari Allah yg Maha Kuasa..

 “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun yang sanggup(mampu) untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Fathiir:2)

 “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Huud:6)


p/s: mula ingat nak gak letak gambar, tapi pikir xnak letak ape2 gambar dalam post ni pasal gambar saya berharga 'mahal'.

Reception of Hani & Ridz

/ Sunday, 1 January 2012 /
Majlis bertandang yang diadakan di Kemas, Gopeng pada 25 Disember 2011. Saya ditugaskan membantu Razmey Musa dan tag bersama Junaidy So, inilah hasilnya yg dirakam olehku sendiri.





















































About Me

My photo
menyediakan khidmat jurugambar untuk apa jua majlis. Hubungi: 013-4663532, inamza_85@yahoo.com
Jika anda mempunyai pandangan dan ulasan, sila klik pada tajuk post dan kemudian mengisi ruangan komen di bawahnya. Pandangan dan komen yang diberikan amat dihargai. Terima kasih.

Followers